Wednesday, October 5, 2011

Miss y'all

Firstly yunie nak bagi ASSALAMUALAIKUM , dah lama jugak tak berbelog kat sini asyik dengan twitter dah pulak sekarang ,dulu dengan facebook sekarang ada scandel dgn twitter pulak sampai lupa yunie ada blog sendiri ,haih ni lah namnya manusia mudah alpa dengan apa yang ada ,*cehh ayatt SPM tu hee .


Selama tak berbelong ni tersangat lah banyak story pahit and manis tau , yang pahit tu jadikan pengajaran and peringatan but yang manis i simpan lah selamanya , tak semuanya yang kita hadapi tu manis sentiasa kan , kadang2 boleh berubah sebabkan kawan lah , parents lah ,family lah . Tipu kalau kata every year takde kenangan pahit pun ,sahsah tak reti nilai erti kehidupan dah tu .

Ok lah , kalau nak berpanjang lebar lagi after SPM lagi banyak nak story 
even story dah BASI haha , anyway THANKS kepada semua yang sanggup singgah and baca 
 kandungan blog yunie yang agak tak menarik ni :) I appreciate that ,

Y'ALL DOAKAN YUNIE eh , semoga SPM tahun ni dapat membuahkan hasil keputusan yang elok AMINNN





Sunday, August 21, 2011

Dosa hari-hari


Dalam bulan puasa ni pelbagai dugaan yang kita kena tempuh dengan penuh kesabaran . Kalau takde kesabaran yang tinggi mesti fail nak mengharungi cabaran yang lagi besar sebab tu lah kesabaran tu sebahagian iman dalam diri kita , yelah bukan senang nak ada sifat yang betul sebetulnya sabar ni . Manusia lah katakan , sabar nye depan orang je dalam hati dah memaki hamun , mecarut lah . eleh tipu lah kalau tak pernah kan .

Kadang-kadang bila fikir balik kita tahu apa yang kita buat tu DOSA tapi kita masih lagi melakukan benda tu , kita selalu melakukan dosa-dosa kecil tanpa kita sedari walhal di sudut hati kecil kita selalu berkata "Eh . apa aku buat ni kan salah , alah tibai jelah " ,, lebih kurang lah kan tapi ade jugak yang tiba-tiba terdetik dalam hati kata "Eh . betul ke apa yang aku buat ni KELIRU lah " sebenarnya kita yang mengelirukan diri kita sendiri sebab nye kita nak perbuatan kita ni bukan dikategorikan dalam KUMPULAN DOSA . 

Mengutuk ! perkara paling biasa yang perempuan lakukan dan mungkin sesetengah individu tu tidak suka mengutuk tapi bagi yunie dia sahaja yang tidak sedar . Sama sahaja dengan mengumpat bukan , kita tak boleh lari dari melakukannya , ada saja yang tidak kena dengan perangai orang , macam gitu lah macam ni lah ! Bila dah BENCI mesti nak mengadu dengan kawan-kawan kan ! mengadu pasal kebaikan orang tu ke ? Oh ade jugak tapi kebanyakannya perkara yang kita tidak puas hati , BETUL KAN !

Bukan semua orang tu sempurna jadi tak perlu kita nak berdengki bagai-bagai lah , sebab kita tahu siapa diri kita , daripada nak mengelakkan orang lain buat dosa kerana KELEMAHAN diri kita , cuba kita perbaiki tapi kalau orang tetap nak mengata kita tak boleh tutup MULUT ORANG ni , sebab dah jadi hobi dia mungkin dia rasa diri dia PALING BAGUS sebab tu dia berani nak mengata pasal keburukan orang .

Yunie pun hmm kalau dah marah tu haihh Allah je lah tahu macam mana rasa sakit hati tu , sebab tu lah penting nye ada sifat sabar ni kadang2 kalau simpan hee macam hypocrite pun ada tapi hmm yunie pun bukan lah manusia yang sempurna kan ! SO kalau rasa apa yunie cakap ni tak betul , yunie mintak maaf ye korang .

yuni nak MINTAK MAAP LAH  kalau korang yang baca entry ni and ada yang terasa dengan yunie kan , heee alaa raya dah nak dekat punnn haha .