Tuesday, May 31, 2011

Wanita

Harini saya nak cerita mengenai wanita ? apa yang ada pada diri seorang wanita ? Wanita ialah insan yang dikenali dengan kelembutannya , kesopanan tutur kata nya ,wanita juga dikenali sebagai perhiasan di dunia , Wanita yang sebenarnya mempunyai sifatnya tersendiri dan mereka juga perlukan bimbingan dari seorang lelaki.Konteks lelaki yang dimaksudkan ialah seorang ayah,seorang suami,seorang anak dan seorang pemimpin. Ciri-ciri yang patut ada dalam diri wanita ialah ;

  • Wanita yang mempunyai rasa malu
Sesngguhnya aku mencari malu yang ada pada wanita,bukanlah kerana kecantikannya.Jika kecantikan diukur dengan level Malu,nescaya pastinya perasaan malu itu yang lebih penting.Secara nuraninya,jika dunia berpaksiakn kecantikan semata-mata.Percayalah hai adam,kita tidak akan pernah puas dengan kecantikan wanita.Malu yang ada pada wanita itu yang dicari,tetapi harus diingat.Tak salah perigi mencari timba.gunakan orang tengah..




  • Wanita yang mempunyai ketegasan terhadap dirinya.
Ketegasan itu teramat penting.Namun ketegasan itu tidak bermakna bahawa wanita itu mestilah seorang yang ‘ganas’.Pada aku ketegasan itu sebagai benteng yang akan melindungi wanita itu dari mana-mana lelaki yang berniat jahat.Apa yang aku risaukan adalah apabila seseorang wanita sudah benar-benar jatuh cinta,maka apa pun sanggup dikorbankan untuk membuktikan ‘cinta sejati’ itu.Bukan bermaksud aku menuding jari pada wanita,cuma sikap wanita itu sendiri.semoga akan lahir wanita yang tegas menolak cinta lelaki durjana,mendamba cinta lelaki sejati.



  • wanita yang menghormati ibu bapanya
Mestilah yang hormatkan ibu bapanya.Kalau tak hormat ibu bapa,bagaimana ya dia mahu hormat suaminya?Jadilah,pilihlah insan wanita yang taat pada ibu bapanya.Ada impak yang tersendiri juga ya.Apabila si ibu mempunyai sifat hormatkan ibu dan bapa,maka secara tak langsung anak kepada sang ibu juga akan menghormati ibu dan bapanya juga.Bonus percuma tu!!



  • Wanita yang benar cintakan agamanya
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.JAdi,yang mana pilihan hati.
Talunkan kerinduan seindahnya,maka cintakan dia seadanya.InsyaAllah.. 

0 comment:

Post a Comment