Friday, August 5, 2011

Simbol Yahudi


Awak-awak sekalian yang comel lote yang tengah terbunkang  hee . Mesti ada yang belum sndawa kan haha tapi pape pun yang belum berbuka tu selamat berbuka dan menunaikan solat terawikh ye , Pejam celik ,tidur bangun ,makan minum . Gosok gigi , mandi hm apalagi eh haha sedar tak sedar kita dah lima hari kan PUASA walaupun yunie baru  dua hari puasa berjaya menunaikan sehari tanpa error haha . Kadang lepas makan ni kita selalu tak larat nak pergi melaporkan duti tambahan kita untuk menghadap Allah gara-gara makan banyak punya pasal sampai perut pun tak larat nak bawak kan !

Ni lah namanya kawan Syaiton --->(Nafsu) dah melakukan tugas dia tu dengan CEMERLANG sekali ! 

Bulan puasa yang takde syaitan ni ada jugak kes-kes curi kan . haihh apa nak jadi lah dengan diaorang ni dah lah tak puasa lepas tu mencuri *Opss sorry mengutuk ishh ni pun tak baik jugak kan . Tapi betul lah sampai motor kawan yunie pun kena curi tau bulan ni , kesian dia .

P/S : Haa ni kud pencuri dia , tu lah nak curi tak pandai , nak jugak curi tempat yang ada CCTV ish* haha padahal gambar pun gambar palesu je haha , tapi dia pun kena ingat yang Allah tu MAHA mengatahui kan kawan-kawan sekalian heee ,

Eh yunie bukan nak cerita pasal kes curi ni adoiii haha baru perasan tajuk lah , SIMBOL YAHUDI ! korang ni tau tak kenapa dan ape penting sangat dengan benda alah macam ni . Kadang-kadang kita ni tau buat je tapi tak tau maksud kan ! Sebenarnya , masa kita ni duk style2 nak bergambar lah konon kan macam *aku kan hee yelah aku #terasa sikit . Macam mana tak terkejut sebab nya baru tahu lah ,

Banyak yang kita tak boleh buat tau tapi tu lah yang kita selalu sangat buat dalam kehidupan seharian kita ni kan . COntoh lah kan macam buat peace , angkat tangan dua ke atas , masukkan tangan ke dalam baju dengan membuat gengaman syaitan . MASYA'ALLAH !

Macam-macam kan yahudi buat nak menjatuhkan agama islam kan , tapi kalau korang nak tahu lebih terperinci lagi pasal benda ni better lah kan korang pergi beli buku mengenai RAHSIA SIMBOL YAHUDI harga dia RM24.90 kalau tak silap yunie lah .



Penyusun : Ibnuyaacob
Penerbit : Moon Media Enterprise
ISBN : 978-967-5989-00-1
Harga : RM 24.00 (Semenanjung M'sia)
RM 27.00 (Sabah/Sarawak)

Diawal bab,buku ni akan ceritakan sikit tentang Yahudi bermula dengan Judais.


Judais : adalah nama bagi agama bangsa Yahudi.
Agama Judais juga disebut Yehuddah atau Yahedutoleh penganut mereka manakala dalam bahasa Latin ia disebut ludaismus.
Yahudi : adalah nama bagi bangsa.Contohnya macam bangsa Arab,Melayu atau Cina.
Bani : maksudnya keturunan
Israel : adalah gelaran yang Allah bagi kepadaNabi Yaakub a.s.(Jacob)



Kitab rasmi yang mereka gunakan ialah Torah (Taurat) yang dibawa oleh Moses (Nabi Musa).

Tapi mereka lebih berpegang pada Talmud,kitab yang dihasilkan sendiri oleh rabbi-rabbi mereka.Kitab ni mencakupi segala adat-istiadat kehidupan masyarakat Yahudi walaupun hakikatnya ia dah jauh menyimpang dari ajaran sebenar Nabi Musa.

Synagogue adalah nama rumah ibadat agamaJudais.Ia boleh didapati kat seluruh dunia termasuk Malaysia.Bezanya,bentuk synagogue tak tetap bentuknya sebab ia ikut budaya negara masing-masing.

Menorah adalah simbol utama agama Judais.
Menorah ialah alat pembawa lilin yang boleh letak 7 hingga 10 lilin kat atasnya.

OK.
Lepas cerita sikit sebanyak tentang
latar belakang Yahudi,
barulah masuk bab simbol-simbol ni.

Bab 2 : Singa Judah


Simbol singa amat bermakna & mendalam kepada orang Yahudi dalam seluruh kehidupan mereka.Ia dipuja hingga dianggap kewajipan dalam upacara keagamaan.Semua orang Yahudi anggap Singa adalah lambang keturunan & lambang keberanianJudah bin Jacob - Judah adalah anak kepada Jacob (Nabi Yaakub).Singa diambil sebagai simbol keberanian Judah sebab sifat singa yang garang,ngauman yang kuat & tangkas.

Semua orang biasa tengok gambar singa mengaumsebelum sesebuah filem Hollywood bermula.
Tapi korang tahu tak rahsia disebalik simbol ni?
Siapakah yang telah beli 3 syarikat iaitu Metro Pictures,Goldwyn Pictures Corporation & Louis B.Mayer Pictures untuk digabungkan jadi satu iaitu Metro-Goldwyn-Mayer (MGM)?
Juga siapakah pengasas Hollywood?

Juga korang tahu tak,kenapa simbol singa digunakan untuk logo EPL?
Siapakah pelobi-pelobi yang menguasai EPL?



Semua jawapan ni ada dalam buku ni.


Bab 3 : Kabbalah

Secara ringkasnya,Kabbalah adalah satu amalan mistik atau kerohanian yang diamalkan masyarakat Yahudi dalam agama Judais.
Selebihnya nanti yunie huraikan masa review buku 'Gerakan Freemason Sedunia' tak lama lagi.Yang saya nak bagitau sekarang ialah 2 simbol Kabbalah iaitu:

1-Hand of Fatima (Tangan Fatimah)
2-Red String (Tali Merah)

1-Hand of Fatima

Dalam bahasa Hebrew,ia juga disebut Hamsa atau 5.Bagi masyarakat Yahudi,kononnya ini satu simbol semangat kerohanian kepada pemakainya.
Simbol ni bentuk tapak tangan lengkap dengan 5 jari.Kat tengah-tengah ada satu mata kejahatan yang bakal dihapuskan oleh tangan tu.
Yang peliknya,dalam masyarakat Arab ramai gak yang percaya siapa yang pakai simbol ni akan bagi dapat kekuatan tersendiri dalam buat sesuatu kerja!


2-Red String
Menurut laman web kabbalah.com,siapa yang pakai red string Kabbalah,dapat hindarkan diri dari unsur-unsur negatif atau gangguan kejahatan.Si pemakai boleh serap unsur-unsur positif kat sekeliling.Red string mesti dipakai pada pergelangan tangan kiri
(sebab dipercayai bahagian kiri badan manusia adalah bahagian yang terima kuasa jahat) maka red string mampu halang kuasa jahat dari masuk kedalam badan.




Bab 4 : Bintang David (Nabi Daud)





Bab 5 : Simbol Freemason
Freemason?
Apa benda freemason tu?
Secara ringkasnya,ia bukanlah gerakan pembebasan mana-mana individu macam Free Palestine.Tapi ia adalah satu pertubuhan Yahudi yang dah wujud sejak 24 Jun 1717.
Insya Allah nanti saya ceritakan lebih lanjut pasal Freemason ni masa review buku 'Gerakan Freemason Sedunia' nanti.Persoalannya,

Adakah Freemason ada kat Malaysia?
Jawapannya,YA!


1-Tangan Tersembunyi Tuhan Jahbulon
2-Jabat Tangan Freemason
3-Laung Agung
4-Genggaman Syaitan
5-Jerut Leher
6-Faktor X & Tanda Kematian
7-Tolong Diam
8-Angkat Sumpah
9-Tangan Di Hati
10-Tanduk Syaitan atau I Love U Satan
11-Tanda OK
12-Kejayaan Untuk Syaitan
13-Tanda Hormat Komunis
14-Separuh Syaitan, Separuh Malaikat
15-Segitiga Seksual

\
Yang ini saya tak dapat tunjukkan sebab banyak sangat gambar yang mengejutkan.Awak tengok sendiri dalam buku ni ya.
Tolong sebar-sebarkan nya awak , semoga kita dijauhi daripda terjerut dengan tipu helah yahudi ni tau . Korang try lah search kat internet , yunie bagi link dia eh , kalau tak boleh bukak cuba lah cari lah yang lain tau .dekat sini . 





0 comment:

Post a Comment