Dalam bulan puasa ni pelbagai dugaan yang kita kena tempuh dengan penuh kesabaran . Kalau takde kesabaran yang tinggi mesti fail nak mengharungi cabaran yang lagi besar sebab tu lah kesabaran tu sebahagian iman dalam diri kita , yelah bukan senang nak ada sifat yang betul sebetulnya sabar ni . Manusia lah katakan , sabar nye depan orang je dalam hati dah memaki hamun , mecarut lah . eleh tipu lah kalau tak pernah kan .
Kadang-kadang bila fikir balik kita tahu apa yang kita buat tu DOSA tapi kita masih lagi melakukan benda tu , kita selalu melakukan dosa-dosa kecil tanpa kita sedari walhal di sudut hati kecil kita selalu berkata "Eh . apa aku buat ni kan salah , alah tibai jelah " ,, lebih kurang lah kan tapi ade jugak yang tiba-tiba terdetik dalam hati kata "Eh . betul ke apa yang aku buat ni KELIRU lah " sebenarnya kita yang mengelirukan diri kita sendiri sebab nye kita nak perbuatan kita ni bukan dikategorikan dalam KUMPULAN DOSA .
Mengutuk ! perkara paling biasa yang perempuan lakukan dan mungkin sesetengah individu tu tidak suka mengutuk tapi bagi yunie dia sahaja yang tidak sedar . Sama sahaja dengan mengumpat bukan , kita tak boleh lari dari melakukannya , ada saja yang tidak kena dengan perangai orang , macam gitu lah macam ni lah ! Bila dah BENCI mesti nak mengadu dengan kawan-kawan kan ! mengadu pasal kebaikan orang tu ke ? Oh ade jugak tapi kebanyakannya perkara yang kita tidak puas hati , BETUL KAN !
Bukan semua orang tu sempurna jadi tak perlu kita nak berdengki bagai-bagai lah , sebab kita tahu siapa diri kita , daripada nak mengelakkan orang lain buat dosa kerana KELEMAHAN diri kita , cuba kita perbaiki tapi kalau orang tetap nak mengata kita tak boleh tutup MULUT ORANG ni , sebab dah jadi hobi dia mungkin dia rasa diri dia PALING BAGUS sebab tu dia berani nak mengata pasal keburukan orang .
Yunie pun hmm kalau dah marah tu haihh Allah je lah tahu macam mana rasa sakit hati tu , sebab tu lah penting nye ada sifat sabar ni kadang2 kalau simpan hee macam hypocrite pun ada tapi hmm yunie pun bukan lah manusia yang sempurna kan ! SO kalau rasa apa yunie cakap ni tak betul , yunie mintak maaf ye korang .
yuni nak MINTAK MAAP LAH kalau korang yang baca entry ni and ada yang terasa dengan yunie kan , heee alaa raya dah nak dekat punnn haha .
yuni nak MINTAK MAAP LAH kalau korang yang baca entry ni and ada yang terasa dengan yunie kan , heee alaa raya dah nak dekat punnn haha .
0 comment:
Post a Comment